29 Mac 2011
Jom Santai bersamaKu..( Pantai Tanjung Aru)
hey!! Salam semua, pada kali ini saya akan ceritakan secara terperinci tempat yang menarik yang ada di bandaraya Kota Kinabalu. Sebenarnya banyak tempat yang boleh dikunjungi oleh anda untuk beristirehat ataupun meluangkan masa bersama ahli keluarga.
Kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang keindahan 'Pantai Tanjung Aru'.Penduduk tempataan yang dahulunya telah memberi nama kepada pantai ini melalui pokok2 yang hidup subur di kawasan pantai ini iaitu 'Pokok Casuarina' atau lebih dikenali sabagai 'Pokok Aru'. Pantai ini telah diiktiraf sebagai salah satu tempat pelancongan yang ada di bandaraya Kota Kinabalu. Lokasi pantai ini berdekatan dengan Lapangan Terbang Kota Kinabalu lebih kurang 6km untuk sampai ke pantai.
Setiap hujung minggu pantai Tanjung Aru ini menjadi tumpuan orang ramai untuk bermandi-manda dan melakukuan aktiviti riadah bersama keluarga. Pantai ini mempunyai kemudahan lengkap seperti tandas,gerai makan dan macam2 lagi...sebut saja pasal gerai makan anda yang berkunjung ke sini pasti akan berpuas hati dengan hidangan makananya. Kebiasaanya pelanggan yang datang ke sini pasti tidak akan melepaskan peluang memakan makanan seperti jagung rebus,kacang rebus,satay,jus buah-buahan yang bersaiz 'XL' anda boleh dapatkan di sini......
Selain itu, anda yang ingin menghilangkan tekanan dan ingin lari dari kesibukan kota pantai Tanjung Aru juga salah satu tempat untuk anda mendapat ketenengan malah sesiapa yang minat berkarya seperti menulis novel mahupun puisi anda mungkin mendapat ilham melalui kedamaian yang anda akan alami sendiri di pantai yang memiliki udara yang segar....
Tatkala senja langit yang kemerah-merahan, kicauan burung yang ingin pulang ke sarang dan pukulan ombak yang menghempas pantai menjadi peneman matahari yang ingin melabuhkan tirainya kerana di pantai Tanjung Aru ini anda dapat melihat matahari terbenam.kecantikan suasana senja di pantai ini anda boleh rakam menggunakan kamera digital anda pasti akan menjadi memori indah anda ketika berkunjung di sini....
emmm ok sampai sini dulu Jom Santai bersamaKu...lepas ini saya akan menceritakan tempat lain pula...ok ^_^
salam,
ungguceria
26 Mac 2011
kota kinabalu
Sabah negeri di bawah bayu merupakan salah satu pusat pelancongan yang yerkenal di malaysia.Setiap daerah yang ada di sabah mempunyai tempat tarikan tersendiri.Antara daerah yang terkenal dengan tarikan pelancongannya ialah kota kinabalu....
Dahulunya kota kinabalu dikenali sebangai 'JESELTON' dinamakan sempena nama Sir Jessel,salah satu pengarah syarikat Berpiagam Borneo Utara British.Pada 30 september 1967, Jesselton diberi nama KOTA KINABALU dan pada tahun 2000 kota kinabalu telah dinaik taraf sebagai bandaraya.
Selain itu, kota kinabalu merupakan ibu kota kepada sabah kerana daerah ini merupakan tempat yang terkenal dengan pusat perniagaan, sesiapa sahaja yang bertandang ke kota kinabalu pasti tidak akan melupakan pengalaman manis melawat tempat2 menarik yang ada di kota kinabalu.
Bak kata orang 'Jauh Perjalanan Luas Pemandangan' pepatah ini sesuai kepada orang yang minat kepada pelancongan dan ingin menambah pengalaman tentang budaya yang ada di malaysia.
Sabah juga mempunyai banyak suku kaum yang tinggal bersama di dalam satu rumpun budaya yang berbeza,itu juga salah satu tarikan yang ada di sabah kerana anda akan dapat melihat suku kaum yang berbeza dengan cara hidup masing2..
Tempat2 yang menarik yang ada di kota kinabalu ialah 'PANTAI TANJUNG ARU' yang berada di penghujung Jalan Tungku Abdul Rahman.Selain itu, 'Tamu Mingguan Jalan Gaya' yang terkenal dengan jualan kraf, buah-buahan,sarung batik dan lain-lain lagi.1BORNEO salah satu 'SHOPING COMPLEX' yang terkanal ad di sabah di sana anda akan berpuas hati untuk membeli belah kerana di sanalah anda akan menemui barang yang sesuai untuk anda jadikan cenderahati kepada rakan2...
pada post yang akan datang saya akan cerita secara terperinci tentang tempat2 yang menarik di dalam daerah kota kinabalu....hehehehe daa
salam,
unggu ceria ^-^
Langgan:
Catatan (Atom)